Friday, 18 July 2014

Supplemen untuk Osteoarthritis

Sedia maklum bahawa osteoarthritis atau juga dikenali dengan sakit sendi boleh mengganggu kualiti kehidupan harian seseorang. Rawatan yang diberikan selalunya menggunakan ubat tahan sakit dan steriod yang boleh memberikan kesan sampingan apabila diambil dengan kerap dan dalam jangka masa yang panjang. Hakikatnya ubat tahan sakit hanya memberi kelegaan sementara dari rasa sakit yang dialami dan bukan merawat osteoarthritis.

Selain dari perubatan moden, terdapat juga supplemen yang dapat membantu untuk membantu dalam rawatan osteoarthritis seperti:

Supplemen ini perlu diambil secara konsisten untuk jangka masa yang panjang (melebihi dua bulan) untuk mendapat kesan dalam merawat osteoarthritis.

Kajian turut dijalankan bagi melihat kesan Channa striatus (Ikan Haruan) dan Orthosiphon staminues (Misai Kucing) dalam merawat osteoarthritis. Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi : sms/whatsapp: 012-4228344 atau emel ke mohamadhafizal82@gmail.com


Thursday, 17 July 2014

Kelebihan Teh Misai Kucing

Jangkitan Saluran Kencing adalah masalah yang sering berlaku pada golongan emas dan wanita. Jangkitan yang selalu berpunca dari kuman Escherichia coli  atau kuman lain seperti  Klebsiella, Enterobacter, Proteus, Pseudomonas, Enterococcus dan Staphylococcus akan memberikan gejala/tanda seperti:
  1.      Sakit semasa membuang air kencing, kencing lebih kerap dari kebiasaan, terutamanya waktu malam.
  2.     Sakit di bahagian belakang atau tepi badan atau bahagian pinggang.
  3.     Perubahan pada air kencing seperti berbau busuk atau kelihatan keruh atau berdarah.
  4.      Kadang- kadang boleh menyebabkan demam jika jangkitan yang teruk.

Wanita lebih mudah untuk dijangkiti kerana mempunyai saluran kencing yang lebih pendek berbanding dengan kaum lelaki manakala untuk golongan wanita yang telah lanjut usia adalah lebih mudah dijangkiti kerana paras hormone estrogen yang telah berkurang selepas putus haid yang mengakibatkan penipisan pada dinding saluran kencing dan melemahkan pertahanannya terhadap jangkitan. Masalah pembengkak pada kelenjar prostat menyebabkan tekanan pada saluran kencing akan mengganggu pengaliran air kencing.
Hal ini akan menyebabkan rasa yang tidak selesa dan keletihan.