Sunday, 20 October 2013

Keguguran & Pantang

Salam semua yang sudi membaca blog sy. Pertama kali mencoretkan pengalaman utk dikongsi bersama.Moga dapat memberi manfaat pada semua.
  Bercerita ttg pengalaman keguguran bukan satu yg menyeronokan. Kali kedua keguguran, pengalaman melalui proses cuci (d&c) dan berpantang kedengaran amat mudah tp memeritkan. Ditambah lg badan yg selalu tak sihat dan luka lambat sembuh. mmg sgt FOBIA. Kali ni mmg dipaksa oleh ahli keluarga utk berpantang lebih ketat. pantang lagi....huhuhu. Tok siap telefon pesan apa yg boleh apa yg tak boleh..(tok saya bidan).hurm..ayat pertama dia, 'Pantang org gugur ni lagi teruk dari bersalin'. Dengar ayat 2 pn dah takut.

 APA TOK PESAN:

  •  JANGAN TUNGKU, URUT BADAN. 
  •  JANGAN MAKANAN YANG PANAS & SEJUK (yang ni kena cite lain ni...) 
  •  PANTANG BERKAWAN 100 HARI. (ini paling keras ditekankan!) 
  •  JAMU TAK BOLEH MAKAN. AIR rebus akar kayu pun tak boleh. 
  •  JANGAN angkat berat.
 Abis 2 apa yang boleh ni. Kena rehat banyak. Cabaran berpantang gugur ni sbb cutinya pendek. paling lama 2 minggu je, lepas 2 kena kerja macam biasa. agak sukar la untuk memastikan pantang 2 berjalan seperti biasa, sebab faktor2 persekitaran. selepas proses cuci 2, badan memang sakit2. tp takleh nak buat apa la sbb urut pn tak boleh.

 Apa yg sy takut, org kata luka dalaman 2 yg payah sembuh. Org kata nak sembuh cepat makan la ikan haruan (buat sup).tapi kan sekarang spesies itu agak sukar dicari dan mahal. untuk memudahkan, saya amik tablet haruan.nak beli pati ikan haruan saya mmg tak boleh nak telan. kira kalau dapat mkn ikan haruan 2 pn dah cukup bagus la.Tapi PATI ikan haruan mmg tak la. nasib jumpa tablet ni (Gambar Produk haruan yang saya ambil ada di bawah). Mudah sikit makan tablet.Takda bau kesan pun cepat!

 Makan saya pantang ikut yang diarahkan. hanya ikan2 yng tak bisa, sawi dan pegaga. sarapan selalunya milo, roti atau biskut kering. Kalau ada kelapangan nanti boleh saya kongsi resepi pantang saya.



No comments:

Post a Comment