Sunday, 20 October 2013

Resepi Pantang 1: Sawi Celur Lada Hitam

Salam dan selamat sejahtera,

Hari tu sy ada janji nak kongsi resepi pantang kn... okay, ni resepi mudah yang sy buat. Disebabkan dah start kerja dan perlu uruskan rumahtangga, resepi kena la mudah dan cepat. Apa bahan2 nya...


  • Sawi
  • Lada hitam
  • Garam
  • Air panas secukupnya
Caranya:
  1. Potong dan cuci sawi bersih2.
  2. celur dalam air panas. Jgn sampai terlalu layu. Toskan sayur dan letak dalam mangkuk.
  3. Lada hitam ditumbuk. Kemudian tabur atas sayur bersama garam secukup rasa.gaulkan rata. SIAAPPP!!!!

Mudahkan.hehehe. Resepi ni sedap dimakan dengan nasi panas. Berapa kuantiti nk letak terpulang pd citarasa anda. Kalau suka lada hitam lebih, letak lebih.. Rupa sawi celur yg dh siap...




Resepi ni sy cuba suka2 je. Mak mertua sy kata dia celur je sawi utk mkn. Sy nk cuba celur je tp rasa mcm kosong sgt. Pastu teringat, org kelantan masa pantang mkn ulam dengan lada hitam tumbuk campur garam. Jadi sy pun cuba campurkan lada hitam tumbuk dgn garam dlm sawi yg dicelur. Rasanya sedap dan laju je nasi habis. Lapar sama kot...hehehe. Bole la kalau yang lain2 nak cuba. Untuk suami yang menjaga isteri pantang bersalin atau gugur pn bole buatkan untuk isteri tersayang. 

Selepas siap makan, sy akan terus ambil 2 biji tablet haruan omega utk luka dalam. Ikhtiar utk cepat sembuh luka2 dalam InsyaAllah. Selamat mencuba ye.





No comments:

Post a Comment