Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk mengetahui produk tradisional termasuk herba yang berada dipasaran
adalah produk yang berdaftar atau sebaliknya. Mungkin ramai telah mengetahuinya
tapi saya percaya ada segelintir yang mungkin terlepas pandang tentang isu ini.
Kenapa perlu kita memilih produk tradisional yang telah berdaftar? Hal ini bagi
memastikan produk yang diambil adalah selamat dan tidak mengandungi bahan terlarang
yang memudaratkan kesihatan.
Semua ubat-ubatan yang berada di pasaran perlulah berdaftar
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk yang berdaftar dengan KKM
akan mempunyai no pendaftaran yang bermula dengan ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit
nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran
produk tersebut iaitu:
Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan
Contohnya, jika untuk produk tradisional dan herba, nombor pendaftarannya akan berakhir dengan huruf T seperti di bawah
MAL20032515T
Selain daripada mempunyai nombor pendaftaran, produk yang
berdaftar juga perlu mempamerkan label hologram meditag pada pembungkus ubat.
Sekiranya produk yang anda beli tidak mempunyai no
pendaftaran dan label hologram meditag, dikhuatiri produk itu tidak berdaftar
dan dinasihatkan untuk tidak membeli produk tersebut kerana tidak terjamin
kualiti dan keselamatannya.
Tindakan anda sebelum membeli sesuatu produk tradisional,
pastikan ianya berdaftar dengan KKM dengan melihat kepada 2 kriteria ini:
1) Nombor pendaftaran yang bermula dengan ‘MAL’ di
ikuti 8 digit nombor dan berakhir dengan huruf T.
2) Label hologram meditag pada pembungkus ubat.
Mudahkan... Pastikan produk tradisional yang kita beli
adalah selamat dan terjamin kualitinya.
Jika anda masih ragu-ragu dengan status pendaftaran sesuatu
produk tradisional, anda boleh menyemak
status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 5400 atau melayari laman
sesawang www.bpfk.gov.my. Sekiranya
terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, anda boleh membuat laporan
kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui
talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang
berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua,
InsyaAllah.