Sunday, 15 December 2013

CARA MENGURUT PERUT BAYI MENGGUNAKAN MINYAK TELON


Lama tak berkongsi cerita, hari ni nak kongsi tentang cara mengurut perut bayi menggunakan minya telon untuk elakkan kembung. Selalunya aktiviti mengurut perut bayi ni dilakukan selepas mandi, setiap kali menukar lampin atau bila bayi kembung. 

Cara saya urut perut bayi ni ikut cara yang tok saya ajar. Tok saya adalah bidan, jadi apa yang diajarnya sedikit sebanyak saya kongsikan di sini. Model hari ni adalah anak saudara saya, Auni Faqeehah Mohd. Effandi. 

Apa yang perlu anda sediakan untuk aktiviti mengurut perut bayi hanyalah minyak yang sesuai untuk digunakan pada bayi. PENTING ni, pemilihan minyak yang sesuai untuk bayi kerana kulit bayi sangat nipis dan sensitif. Di sini saya guna HAR-ONE Minyak Telon. Nak tahu bagaimana rupa  HAR-ONE Minyak Telon, sila lihat gambar di bawah.



Saya cuba mudahkan dengan letak beberapa gambar. Mohon maaf kerana kualiti gambar kurang baik kerana masih tidak mahir. Saya budak baru belajar.


Caranya mudah je. selepas bayi dimandikan, lap badan kering-kering menggunakan tuala.pastikan bahagian yang berlipat turut dikeringkan seperti leher, celah ketiak, belakang telinga.

Tuangkan beberapa titik minyak pada tangan atau perut bayi dan sapu pada perut bayi, menggunakan ibu jari, tolak dari ari-ari bayi ke atas sehingga hampir pusat dan urut secara membulat keliling pusat. Ulang langkah ini 2-3 kali. Selalu saya akan ulang 3 kali dan saya menggunakan ibu jari semasa mengurut.  


Selepas selesai bahagian perut, Sapukan juga  HAR-ONE Minyak Telon pada tapak kaki bayi dan di bahagian betis bayi.


Akhir sekali, Sapukan sedikit di belakang badan bayi. Selalunya saya akan sapu sepanjang tulang belakang bayi. Selesai mengurut bayi dengan  HAR-ONE Minyak Telon, pakaikan barut dan baju. Dah siap!

Cara ini juga boleh digunakan semasa bayi kembung. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

Anda ada cara yang lebih baik untuk mengurut bayi, Jom kongsi sama-sama... SHARING IS CARING..



Monday, 2 December 2013

TEH MISAI KUCING





Orthosiphon stamineus atau lebih dikenali sebagai misai kucing merupakan herba ubatan yang telah digunakan berabad-abad lamanya di Asia Tenggara untuk membantu dalam masalah penyakit pundi kencing dan buah pinggang. Minat untuk menyelidik tentang Misai Kucing bermula di awal abad ke 20 apabila tumbuhan ini diperkenalkan ke Eropah sebagai penawar kepada batu karang dan radang pada buah pinggang. Ia juga dapat membantu dalam rawatan penyakit gout, kencing manis dan sakit reumatik. Di Malaysia daunnya digunakan sebagai diuretic dan merawat radang pundi kencing. Air rebusan Misai Kucing digunakan untuk memecahkan batu karang dalam pundi kencing.

Kandungan: Adunan istimewa daripada dedaun, akar dan ramuan asli herba Misai Kucing yang berkualiti dan berkhasiat tinggi.

Cara guna: Masukkan satu uncang TEH MISAI KUCING dalam segelas air panas. Tutup gelas antara 5-10 minit sehingga teh kembang. Sedia untuk dinikmati.

Harga pasaran: RM 18.00 (SM) RM 20.00 (SS)


Untuk harga terbaik, pm 012-4228344 (sms/whatsapp) atau email: mohamadhafizal82@gmail.com