Lama tak berkongsi cerita, hari ni nak kongsi tentang cara mengurut perut bayi menggunakan minya telon untuk elakkan kembung. Selalunya aktiviti mengurut perut bayi ni dilakukan selepas mandi, setiap kali menukar lampin atau bila bayi kembung.
Cara saya urut perut bayi ni ikut cara yang tok saya ajar. Tok saya adalah bidan, jadi apa yang diajarnya sedikit sebanyak saya kongsikan di sini. Model hari ni adalah anak saudara saya, Auni Faqeehah Mohd. Effandi.
Apa yang perlu anda sediakan untuk aktiviti mengurut perut bayi hanyalah minyak yang sesuai untuk digunakan pada bayi. PENTING ni, pemilihan minyak yang sesuai untuk bayi kerana kulit bayi sangat nipis dan sensitif. Di sini saya guna HAR-ONE Minyak Telon. Nak tahu bagaimana rupa HAR-ONE Minyak Telon, sila lihat gambar di bawah.
Saya cuba mudahkan dengan letak beberapa gambar. Mohon maaf kerana kualiti gambar kurang baik kerana masih tidak mahir. Saya budak baru belajar.
Caranya mudah je. selepas bayi dimandikan, lap badan kering-kering menggunakan tuala.pastikan bahagian yang berlipat turut dikeringkan seperti leher, celah ketiak, belakang telinga.
Tuangkan beberapa titik minyak pada tangan atau perut bayi dan sapu pada perut bayi, menggunakan ibu jari, tolak dari ari-ari bayi ke atas sehingga hampir pusat dan urut secara membulat keliling pusat. Ulang langkah ini 2-3 kali. Selalu saya akan ulang 3 kali dan saya menggunakan ibu jari semasa mengurut.
Selepas selesai bahagian perut, Sapukan juga HAR-ONE Minyak Telon pada tapak kaki bayi dan di bahagian betis bayi.
Akhir sekali, Sapukan sedikit di belakang badan bayi. Selalunya saya akan sapu sepanjang tulang belakang bayi. Selesai mengurut bayi dengan HAR-ONE Minyak Telon, pakaikan barut dan baju. Dah siap!
Cara ini juga boleh digunakan semasa bayi kembung. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.
Anda ada cara yang lebih baik untuk mengurut bayi, Jom kongsi sama-sama... SHARING IS CARING..