Thursday, 7 November 2013

Cara Penggunaan C.skinfix (Spray Haruan)

Cara Penggunaan C.skinfix atau juga dipanggil spray haruan adalah seperti yang berikut:

  1. Goncangkan tin C.skinfix. Buka penutup tin.
  2. Semburkan ke tempat luka pada jarak tidak lebih dari 8 cm.
  3. Kemudian, terbalikan tin C.skinfix dan semburkan sekali lagi. Langkah ini penting bagi mengelakkan bekas tersumbat selepas digunakan.
  4. Tutup kembali tin C.skinfix dan simpan.

Kenapa boleh tersumbat?

Tin boleh tersumbat disebabkan kandungan polimer yang kering pada lubang semburan.

Apa yang perlu dilakukan jika C.skinfix tersumbat?

Jika tersumbat dan tidak dapat disembur sedangkan sediaan masih ada, sila ikuti langkah di di bawah:

  1. Buka/cabut bahagian nozzle (yang berwarna putih).
  2. Rendamkan nozzle ke dalam air panas selama beberapa minit. Ini akan melarutkan polimer yang melekat pada lubang semburan.
  3. Keringkan nozzle dan pasang kembali pada tin C.skinfix dan boleh diguna seperti biasa.

Cara Penyimpanan C.skinfix?

  1. Simpan jauh dari kanak-kanak.
  2. Jauhkan dari api terbuka.

 

No comments:

Post a Comment